eKelas Bahasa Inggeris Tingkatan 1 & 2

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas merupakan usaha di bawah Maxis untuk membantu komuniti terutamanya pelajar sekolah dalam membantu mereka dalam pelajaran. Ia merupkan portal pembelajaran yang mengikut sukatan di sekolah dan diadakan di luar kawasan dan masa persekolahan. Para pelajar diajar mengikut subjek dan Tingkatan dan diberikan aktiviti setiap minggu.

Untuk aktiviti minggu tersebut, mereka belajar mengenai struktur plot dalam sesebuah cerita. Mereka melihat bagaimana sesebuah cerita dibentuk dan isi kandungan plot yang membina cerita tersebut. Mereka turut diberikan aktiviti mengenai tajuk tersebut dan dikehendaki untuk memuat naik hasil kerja mereka di portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali